SKIN BY
WANASEOBY
About Entry Follow
Abstruse Spell [Oneshot]

Title : Abstruse Spell
Author : Shazatul Amirah | Han Ji Ae
Genre : Fantasy & Reality ?
Starring : Infinite, Shila Amzah, Juliana Evans, Siti Saleha, Izara Aisyah, Wan Nur Atiqah, Diana Danielle.


-------------------------------------------------------------------------------

Di bawah sepohon pokok yang rendang lagi lebat daunnya, sekumpulan sahabat sedang bertungkus-lumus mencipta suatu mantera. Semua in berpunca daripada guru kelas mereka yang bercakap mengenai mantera tempoh hari. . .


"Hidup kita ni, tiada yang mustahil. Saya pernah reka satu mantera untuk berjumpa dengan jejaka idaman saya. Siapa tahu keesokannya saya terlanggar dia di shopping mall. Mantera saya menjadi"


Dari pagi sampailah petang, mereka mencipta pelbagai jenis mantera. Namun, tiada satu pun yang menjadi.


"Huh ! Bosanlah. Satu mantera pun tak jadi !" keluh Shila.


"Sabarlah. Kita buat lagi. Mana tahu, mantera kita ni boleh bawa kita sampai Korea ?" Izara mula tenangkan Shila.


Masing-masing mulai ketawa. Elena pula bersuara apabila Izara mula sebut tentang Korea.


"Jumpa Infinite !"


"Aku rasa apa kata kita cuba mantera yang aku reka ni. Siapa tahu yang ni boleh bawa kita jumpa Infinite ?" celah Juliana.


"Ok"


Juliana menunjukkan mantera yang diciptanya. Mereka mula menyebut mantera tersebut bersama.


"Bawa kami terbang ke sana,
Berjumpa dengan 7 jejaka,
Jejaka impian setiap masa,
Pabila Inspirit bertemu Infinite,
Akan bersatu kami semua,
Sahabat setia selamanya,
Bawa kami terbang ke sana,
Bawa kami terbang ke sana,
Bawa kami terbang ke sana"


+++++++

"Uh. . .Sejuknya !" Diana mengadu kesejukan.

"Eh ? Kita kat mana ni ?" Nadia pula mulai menyoal.

6 orang sahabat itu bingkas bangun apabila menyedari keadaan sekeliling amat aneh. Mereka baring di atas rumput sambil dihujani bebola salji yang halus.

"Arghhhh !"

"Wei Shila. Asal kau jerit ni ? Macam nampak Infinite je" tegur Juliana sambil menggosok mata.

"Bukan Infinite tapi diorang punya. . ." kata-kata Shila terhenti.

"Ni asrama Infinite macam aku tengok kat dalam internet" jelas Elena.

"Maksudnya ?" soal yang lain.

"Mantera tu menjadi !" teriak Elena.

"Arghhh. . ." sorak mereka kegembiraan.

Mereka mengelilingi bangunan asrama tersebut. Lengang kawasan asrama Infinite. Mereka berjalan dalam kawasan bangunan tersebut sehingga terjumpa satu bilik yang agak bingit dengan lagu hit Infinite "Before The Dawn".

"Mesti Infinite kat dalam bilik ni. Jom masuk" ajak Nadia.

Belum sempat mereka masuk, Izara menghalang di depan pintu bilik itu.

"Wei, wei, wei. . .nanti dulu" cegahnya.

"Kenapa ?" soal mereka.

"Kalau kita masuk nanti, mesti Infinite ingat kita semua ni. . ."

Pintu bilik dibuka dari dalam. Hampir terjatuh Izara. Bagaikan di syurga apabila melihat Hoya yang membuka pintu itu. Woohyun, Sungyeol, L, Sunggyu, Sung Jong dan Dong Woo di belakangnya.

"Minta maaf. Awak berenam ni siapa ?" soal Woohyun.

Bukan terasa di syurga lagi. Entah di mana lagi hendak dikatakan. Sudahlah dapat melihat Infinite, mereka pandai berbahasa Malaysia lagi. Inikah penangan mantera tersebut ?

+++++++

"Oh. . .macam itukah ceritanya ?" agak Sungyeol.

"Jadi, awak semua boleh sampai ke sini disebabkan mantera ?" celah Sunggyu.

"Ya. Mantera" jawab 6 sahabat tersebut.

"Huh ! Tak logik langsung" sangkal Hoya."

"Boleh kira logik juga, Hoya. Mereka berenam sehelai sepinggang je masa datang sini. Passport pun takde" terang L.

Masing-masing berbincang di manakah bilik 6 sahabat itu. Mereka berenam tidak mahu dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana takut ditangkap kerana tidak mempunyai passport dan kad pengenalan. Semuanya setuju dan hal ini juga dirahsiakan daripada pengurus Infinite serta pekerja di asrama. Kebetulan pengurus Infinite sedang bertugas di luar negara atas urusan konsert jelajah Infinite. Infinite juga sudah memberitahu pekerja asrama supaya tidak perlu hadir bekerja di asrama sehingga pengurus mereka pulang. Jadi, penghuni asrama cuma Infinite dan 6 orang sahabat itu sahaja.

+++++++

"Wei korang. Bangunlah. Dah pagi ni. Nampak tak matahari dak terpacak tu ?" arah Izara.

"Ha ? Infinite terpacak ?" Elena kehairanan.

"Omo. Infinite !" keluh mereka agak terkejut.

"Apa korang merepek ni ? Bangunlah !" suara Izara mulai tinggi.

"Ya lah. Sorry"

+++++++

Infinite ke meja makan untuk bersarapan setelah dipanggil oleh Nadia dan Shila.

"Wah. . .dah ada orang masak sarapan untuk kita" suara ceria Woohyun memecahkan sunyi di dapur.

"Tapi tak pernah tengok makanan ni sebelum ni. Resepi baru ke ? Siapa yang masak ?" soalan bertubi-tubi keluar dari mulut L.

"Izara yang. . ."

"Tak. Kami yang masak !" pintas Izara.

"Nasi goreng ni sedap rasanya. Tak ada beza sebab orang Korea makan nasi. Orang Malaysia pun makan nasi" terang Juliana.

Masing-masing duduk di meja makan sambil menjamu makanan dengan selera. Nasi goreng tak ubah seperti nasi campur Korea. Hoya tidak mahu makan. Dia keluar dari dapur lalu ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

"Kenapa Hoya tak nak makan ?" soal Izara.

"Uh ?!" Infinite tersentak.

"Erm. . .Hoya. . .Hoya. . ." Sungyeol tersekat-sekat ingin menjawab.

"Hoya diet !" ringkas Woohyun menjawab.

"Diet ?" soal yang lain.

"Tak perasan ke pipi Hoya dah macam pau ?" Woohyun mengajuk pipi Hoya dengan menggenggam kedua tangannya sambil diletakkan di pipi.

Apa lagi ? Terbahak-bahak yang lain ketawa dengan gelagat Woohyun tadi.

"Apa kata malam ni kita semua pergi shopping. Nak tak ?" soal Sung Jong.

"Kami tak ada duit. Baju nak pergi pun tak ada" Elena menerangkan dengan nada sedih.

"Baju tak payah risau. Bilik pembantu kami kat belakang sana tu banyak baju. Pakai je. Duit, kami tanggung. Ok ?" cadang L.

"Kamsahamnida"

"Cheon-ma"

+++++++

Infinite dan 6 sahabat itu berjalan ke butik pakaian bersama-sama. Orang ramai memandang mereka. Ada yang mengambil gambar. Sebelum mereka masuk ke butik pakaian, telefon bimbit Dong Woo berdering.

"Yoboseyo. Dong Woo imnida. Ye, arasso. Gomawopta"

"Kenapa Dong Woo ?" tanya Sunggyu.

"Saya minta maaf. Ada hal nak diuruskan. Jumpa lagi" balas Dong Woo sebelum beredar.

Mereka masuk ke butik dan memilih pakaian. Terlebih dahulu, Woohyun menarik tangan Elena untuk memilih baju bersama. Sungyeol pula dengan Juliana. Sunggyu dan Diana. Sungjong dengan Nadia. L dengan Shila. Masing-masing memilih baju. Ahli Infinite akan membayar pakaian pasangan mereka. Hoya hanya berdiri di tepi kaunter sambil memandang Izara.

"Hoya, kalau awak nak pilih baju dengan diorang, pergilah. Saya boleh pilih sendiri. Saiz baju saya susah nak cari. Saya XL. Kat sini semua macam banyak M dan L. Saya tak nak menyusahkan. . ."

"Jom !" Hoya menarik tangan Izara ke kedai lain yang menjual lebih banyak baju bersaiz XL.

"Hoya. . ."

"Awak pilih cepat. Saya tunggu kat sini" arah Hoya.

"Tapi. . ."

"Cepatlah Izara" pinta Hoya.

"Oh. Ok"

Sesudah mereka semua membeli pakaian, mereka ke kedai kasut. Sunggyu membantu Diana memilih kasut. Diana duduk di kerusi sambil mencuba kasut yang dipilihnya.

"Ish. Tak muat lah pula !" rungut Diana.

"Diana, bagi kaki awak kat saya" pinta Sunggyu.

"Bagi kaki ?"

"Sini saya sarungkan tumit ni"

"Oh. . .nah ! Ambil ni kaki saya"

"Haha. . .comelnya kaki awak pakai kasut ni !"

"Uh ? Ya ke ?"

"Cuba jalan"

"Ha. . .cantik tak ?"

"Cantik sangat !"

+++++++

"Eh kenapa lampu asrama berpasang ni ?" soal L.

"Ya lah. Bukan kita dah tutup ke sebelum keluar tadi ?" Woohyun pula bertanya balik.

Mereka semua berpandangan dengan wajah risau dan ketakutan.

"Pengurus dah balik !" teriak mereka.

Hoya memberi cadangan bodoh. "Apa lah korang ni. Dah penguru balik, nangislah !"

"Hoya-ah !" rungut yang lain.

"Apa korang buat kat sini ?"

Tiba-tiba, suara itu muncul setelah pintu dibuka. Terkejut bukan kepalang mereka semua.

"Ah ? Dong Woo rupanya" keluh mereka.

"Habis tu. . .korang ingat siapa ? Pengurus ?" Dong Woo kehairanan.

Tergelak besar juga mereka melihat Dong Woo pula tertanya-tanya. 6 sahabat tadi ingin meminta diri ke bilik mereka. Sedangkan Infinite masih di ruang tamu.

"Kami ke bilik dulu, ya ?" pinta Juliana.

Sungyeol bersuara, "Ha ? Dah nak tidur ke ?"

L pula mencelah "Kami baru nak berbual dengan awak semua" 

"Esok boleh kan ?" soal Shila.

"Terima kasih sebab sudi bayarkan semua barang kami ni" ucap Diana.

"Terima kasih juga sebab sudi jadi Inspirit dan sahabat kami" luah Woohyun.

+++++++

Cuaca yang cerah.
Elena dan sahabatnya sedang menyiram pokok bunga dan membersihkan kawasan halaman asrama. Ada yang mencabut rumput di tepi pasu, ada yang membersih longkang dan ada yang menyapu halaman. Infinite yang baru bangun tidur agak pelik dengan mereka.

"Mereka semua baik sangat dengan kita" kata L.

"Tetamu pula yang bersihkan asrama kita" luah Sungyeol.

"Kita dah tolong diorang, inilah balasan daripada mereka" protes Hoya.

"Dahlah. Jom tolong diorang" ajak Woohyun.

Infinite menghampiri 6 sahabat itu. Manakala Hoya hanya duduk di kerusi rehat sambil mendengar 'walkman'nya.

"Boleh kami tolong ?" soal Woohyun.

"Erm. . .takpe. Ni tanda terima kasih kami sebab awak semua dah tolong kami" balas Elena.

"Bagi saya wayar paip tu. Biar saya siram pokok ni" pinta Woohyun sambil cuba merebut wayar paip dari tangan Elena.

"Eh. Takpe. Biar saya buat" cegah Elena.

Wayar paip yang direbut mula terpancut ke sana sini. Air paip mula membasahi baju yang lain.

"Woohyun, Elena, basah dah baju kitorang" rungut Nadia.

Lari bertempiaran semua apabila Woohyun mengejar mereka sambil memancutkan air dari wayar paip yang dipegangnya.

Sung Jong mula merungut kesejukan "Wei, dahlah. Sejuklah. Dahlah belum mandi ni, lagi nak main air"

"Kita semua dah basah kuyup, tinggal sorang je belum kena" kata L pula.

"Siapa ?" soal yang lain.

"Tu" L menunjukkan Hoya yang sedang duduk bersantai sambil mendengar 'walkman' dari tadi.

"Apa lagi ? Serang !" arah Sungyeol.

Woohyun berlari sambil memancutkan air paip yang dipegangnya ke arah Hoya. Basah lencun baju Hoya. Dia ditertawakan yang lain.

"Apa korang buat ni ? Dah gila ke ?" marah Hoya.

"Rileks lah Hoya. Baru nak ajak main air ni" tenang Sunggyu.

"Korang dah jadi sewel ke macam diorang ni ?" kata Hoya sambil menunjukkan kepada 6 sahabat itu.

"Hoya, apa ni ? Rileks lah" pujuk Dong Woo.

"Rileks ? Diorang dah tipu kita dengan mantera apa entah. Lepastu boleh lagi korang main benda bodoh ni ?" ujar Hoya dengan nada agak keras dan menyidir.

6 orang sahabat mulai terasa. Juliana dan Elena yang memang agak sensitif telah menitiskan air mata.

"Kalau awak memang tak suka kami, kenapa tak halau kami dari awal ?" ujar Diana dengan suara agak mendatar.

Mereka berlima beredar dari situ. Izara masih berdiri di depan Hoya.

"Awak tak nak ikut kawan awak ke ?" sindir Hoya.

"Hoya-ah. Tolonglah jangan macam ni" pujuk ahli Infinite yang lain.

"Hoya dengar sini ! Awak tahu kenapa kami cipta mantera bodoh yang awak cakap tu ?" ujar Izara separuh menjerit.

Hoya hanya mencebikkan mulut dan pura-pura memandang tempat lain.

"Kami bukan Inspirit yang kaya. Kami tak mampu beli tiket penerbangan untuk jumpa Infinite. Malaysia dengan Korea jauh. Sangat jauh. Seharian kami cipta mantera bodoh tu untuk jumpa Infinite. Untuk jumpa awak, tahu tak ?" Izara pergi dari situ untuk menyusul sahabatnya yang lain.

Senyap sunyi kawasan asrama itu.

"Puas dah hati kau ?" soal Woohyun.

"Kau tahu tak kat luar tu bahaya ? Diorang pula tak pernah sampai sini. Diorang cuma ada kita, tapi kau. . ." L tidak menghabiskan kata-katanya.

+++++++

Hari semakin senja. Matahari Korea hampir terbenam. 6 orang sahabat berjalan tanpa hala tuju. Orang yang lalu lalang di sekeliling tidak dihiraukan.

"Ah. . . aku laparlah" keluh Elena.

"Aku pun. Dahlah sejuk" adu Izara.

"Jom kita cari tampat berteduh. Salji ni pun dah mula nak lebat" cadang Shila.

Setelah penat berjalan, mereka terjumpa pondok kecil di kawasan taman permainan. Mereka berteduh di situ dalam kelaparan. Duit pun langsung tiada. Kedai makan pun tidak kelihatan. Hanya berharap kepada takdir. Mereka tertidur di pondok itu.

Hanya dapat menunggu kehadiran hari esok. Ataupun bantuan daripada sesiapa yang sudi membantu. Kecuali bantuan daripada pihak berkuasa kerajaan Korea.

+++++++

"Eh, aku risaulah. Jom cari diorang ?" pinta Woohyun.

"Hari pun dah malam ni. Kita cari esok je lah" ujar Dong Woo.

"Diorang tu perempuan. Bahaya tahu tak. Jomlah !" L mengambil kunci kereta lalu menuju ke arah kereta diikuti ahli Infinite yang lain kecuali Hoya.

"Hoya ?" soal Sungyeol.

"Malas" jawab Hoya selamba.

"Hoya, kau ingat balik apa yang Izara cakap" tegas Sunggyu.

Kereta yang dinaiki mereka meluncur laju dari perkarangan bangunan asrama itu. Hoya mula mengingat kembali apa yang dikatakan Izara pagi tadi.

"Kami bukan Inspirit yang kaya. Kami tak mampu beli tiket penerbangan untuk jumpa Infinite. Malaysia dengan Korea jauh. Sangat jauh. Seharian kami cipta mantera bodoh tu untuk jumpa Infinite. Untuk jumpa awak, tahu tak ?"

Hoya tersentak dengan ayat terakhir Izara.

+++++++

Kereta yang dinaiki Infinite masih berlegar-legar mencari kelibat 6 sahabat. Sementara salji semakin lebat. Tahap kebimbangan mereka semakin memuncak.

"Mana diorang ni. Tak nampak pun" nada suara Woohyun risau.

"Diorang kan jalan kaki. Mesti tak jauh dari kawasan ni kan ? L, berhentikan kereta. Kita cuba jalan kaki cari diorang" cadang Sunggyu.

Ketika mereka sedang melewati taman permainan, mereka ternampak sekumpulan perempuan sedang tidur di pondok kecil berhampiran.

Hampir separuh terjerit Woohyun "Wei, tu diorang !" 

"Ya lah. Jom !" suara L keriangan.

Sangat terharu sehingga menitis air mata mereka apabila melihat 6 orang sahabat tidur dalam keadaan menggigil.

"Ke. . .kesiannya diorang" serak suara Woohyun menahan air mata.

"Juliana, korang. Bangun. Kami ni" ujar Sungyeol.

Terkejut beruk mereka apabila mula membuka mata, Infinite di hadapan mereka.

"Jom balik asrama ?" ajak Sung Jong.

"Tak nak. Kami tak nak kena halau lagi" tegas Elena.

"Saya. . .eh. Kami akan pastikan takkan ada siapa yang boleh halau korang termasuk Hoya" jelas Woohyun.

"Dah, jom naik kereta" pinta L.

"Kereta ?" tanya mereka.

"Naik limousin yang kita pergi shopping hari tu lah" hampir tergelak Dong Woo menjelaskan 6 sahabat itu. 

"Sungyeol-ah" panggil Juliana.

"Ya ?" jawabnya dalam nada soalan.

"Kami lapar" merah pipi Juliana menahan malu apabila berkata begitu.

"Kami tahu" jawab Infinite sambil tergelak besar.

+++++++

Mereka aneh bila tiba di perkarangan asrama. Bangunan asrama gelap gelita.

"Asal gelap pula ni ?" soal L keanehan.

"Hoya keluar kot" ujar Woohyun.

Mereka semua menuju ke arah dapur setelah menghidupkan suis lampu. Woohyun mula memasak ramen untuk mereka.

"Ok kan kalau makan ramen je ?" soal Woohyun teragak-agak.

"Tak kisahlah. Yang penting makanan" ujar Elena.

Mereka makan ramen dengan selera sekali. Walaupun sekadar ramen biasa, sudah cukup bagi mereka mengenyangkan perut yang tidak berisi dari pagi. Di luar kedengaran bunyi motor berkuasa tinggi. Hoya pulang. Dia berlari masuk sambil mencari Infinite yang lain. Dia menuju ke dapur dengan tergesa-gesa.

"Wei, korang dah jumpa. . ." dia tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila melihat 6 sahabat sudah berada di sampin Infinite yang lain.

"Hoya, kau pergi mana tadi ?" tanya L.

"Ha ? Em. . .aku pergi kedai" jawab Hoya dengan nada gugup.

"Kedai ? Malam-malam macam ni ? Bersalji pun kau sanggup redah naik motor semata-mata nak pergi kedai ? Beli apa ?" sindir Sungyeol.

"Beli. . .em. . aku beli walkman baru. Nak beli walkman baru tapi kedai dah tutup" jawapannya kurang logik.

"Tak boleh beli esok ke ?" soal Sunggyu pula.

"Dahlah. Aku pergi bilik dulu" pintas Hoya.

Sementara di dalam bilik, Hoya sednag termenung sendirian. 

"Patutkah aku terus terang kat diorang yang sebenarnya aku bukan pergi kedai tapi aku pergi cari Izara dengan kawan-kawan dia ?" 

naekkeo haja, 
naega neol saranghae

Lagu 'Be Mine' berkumandang dari telefon bimbit Hoya. Dia menjawab panggilan tersebut.

"Yoboseyo"

"Yoboseyo. Hoya-ah"

"Ah ?! Pengurus ?"

"Ya, saya ni. Sekarang saya dah kat Korea"

"Hah ??" 

"Kenapa terkejut sangat ni ? berkemungkinan sebelum tengah malam esok saya sampai di asrama"

"Ya ke ? Betul ni ? Janganlah bergurau"

"Saya serius. Kenapa awak macam tak suka je ?" 

"Em. . .takdelah. Bagaimana dengan pengurusan konsert jelajah kami ? Semuanya ok ?" Hoya berpura-pura tanya.

"Semuanya ok. Konsert di Jepun kita tunda pada bulan Jun, untuk bulan Februari depan, pada 14 Februari, konsert jelajah dimulakan di Malaysia" 

"Malaysia ? Yes !"

"Ok. Saya ada perkara yang perlu diuruskan ni" 

"Ok bye" 

Hoya mengambil keputusan bahawa esok pagi sahaja dia memberitahu perkara ini kerana Infinite dan 6 orang sahabat sudah pun tidur.

+++++++

"Apa ???" terkejut semua mendengar cerita Hoya.

"Habis tu, macam mana ni ?" soal L cemas. 

"Mantera !" separuh jerit Woohyun memberi cadangannya.

"Mantera ?!" soal yang lain dalam nada kurang yakin.

Sebut sahaja tentang mantera, dengan segera Hoya beredar dari situ. Manakala yang lain bekerjasama mencipta mantera untuk bantu 6 sahabat pulang ke Malaysia.

"Cuba baca mantera yang saya buat ni" arah Woohyun.

"Bawalah 6 sahabat baru kami pulang ke Malaysia,
Berjumpa ibu bapa,
Semoga mereka tak lupakan kami,
Kami sayang mereka"

Hampir pecah perut mereka menahan ketawa membaca mantera yang direka Woohyun.

"Takde rupa mantera pun" dengan bersahaja L berkata.

"Ala. . .aku bukan pandai pun cipta mantera ni" sangkal Woohyun.

"Takpelah. Kita cipta lagi" kata Sungyeol memberi semangat.

"Eh, kita sibuk-sibuk ni, Hoya mana ?" soal Shila.

"Kat bilik dia kot" agak Sung Jong.

+++++++

Senja pun tiba. Masing-masing telah berusaha menghasilkan mantera. Namun, satu pun tidak menjadi. Hoya menghampiri mereka. 

"Woohyun-ah" panggil Hoya.

"Ya " balasnya.

"Ikut aku jap" pinta Hoya.

"Uh ? Ok !"

Mereka berdua menuju ke arah dapur. Hoya mengeluarkan sehelai kertas lalu diberikannya kepada Woohyun.

"Apa ni Hoya ?" 

"Mantera"

"Kau cipta ?" 

"Suruhlah diorang baca" 

"Kenapa kau tak nak bagi sendiri ?" 

"Aku tak sanggup"

"Kenapa ? Bukan kau memang nak sangat diorang pergi dari sini ?" 

"Itu sebelum aku sedar diorang bukan sekadar Inspirit biasa"

"Maksud kau ?"

"Aku menyesal sebab tak hargai diorang sebagai sahabat. Dan aku tak nak diorang pergi"

"Habis tu, mantera ni ?"

"Bantuan daripada aku untuk keselamatan diorang"

"Aku bagi kat diorang tau ?"

"Jangan cakap aku bagi"

"Aku faham"

+++++++

"Siang dan malam,
Awan dan matahari,
Hujan dan salji,
Bulan dan bintang,
Saksi persahabatan,
Inspirit dan Infinite telah bertemu,
Mereka bersatu dalam lagu,
Walaupun tiada harmoni,
Tiada kemerduan suara,
Pabila bersatu tetap menjadi lagu.
Bawa kami pulang,
Bawa kami pulang,
Bawa kami pulang"

+++++++

Apabila 6 sahabat itu tersedar, mereka sedang terbaring di bawah pokok tempat mereka mencipta mantera hari tu. Semua orang mengerumuni mereka.

"Kita kat mana ni ?" soal Juliana.

"Pokok ni. . ." Izara kehairanan.

"Anak kita !" suara ibu bapa 6 sahabat itu.

+++++++

"Macam tu lah ceritanya, cikgu" terang Nadia.

"Kan betul ? Tiada yang mustahil dalam dunia ni kan ? Tapi kita tak boleh terlalu taksub dengan mantera. Sesetengah mantera menjadi mungkin kerana keizinan Tuhan" hujah cikgu mereka.

"Cikgu, hali ini menjadi rahsia kita bertujuh ya ?" pinta Izara.

"Alah. . .kenapa pula ?" soal Diana.

"Entah. Biarlah semua orang tahu yang kita dapat jumpa Infinite hanya dengan baca mantera" sangkal Elena pula.

"Betul tu, Izara" sokong Shila.

"Kalau semua orang tahu, mantera awak dah tak berkuasa lah" terang cikgu.

"Em. . . betul juga" fikir mereka semua.

+++++++

14 Februari, 9 malam
6 orang sahabat sedang duduk di bawah 'pokok mantera' mereka sambil diterangi cahaya bulan.

"Mesti Infinite tengah nyanyi, dance kat stadium KL tu kan ?" soal Juliana sambil memandang bulan.

"Mestilah. Kita ni kat JB. Mana ada duit nak sampai KL tu. Dengan duit nak bayar tiket konsert lagi" luah Elena.

"Aku tak habis fikir sampai sekarang. Kenapa Hoya tak suka dengan kita ?" tanya Diana.

"Dia tak bencikan kita. Cuma dia masih tak percayakan kita sebab mantera tu. Itu je" jelas Izara.

"Itu sebelum saya kenal siapa awak semua sebenarnya. Tapi sekarang, bukan saja awak semua, bahkan mantera tu pun saya percaya"

Suara itu muncul dari arah belakang mereka.

"Hoya ?" soal Izara teragak-agak.

"Ya. Saya ni Hoya" jawabnya.

"Hoya-ah" sambut 5 sahabat Izara yang lain.

"Hoya saja ke yang awak semua sambut ? Kami ?"

Satu suara lagi muncul. Tidak tertahan air mata mereka melihat 6 jejaka yang muncul dari belakang Hoya.

"Maafkan saya sebab sakitkan hati awak semua" rayu Hoya.

"Kami dah lama maafkan" jawab 6 sahabat itu.

Dengan tidak semena-mena, ahli Infinite kecuali Dong Woo telah melutut di hadapan 6 orang sahabat itu.


Sunggyu ♥ Diana
Hoya ♥ Izara
Woohyun ♥ Elena
Myungsoo ♥ Shila
Sungyeol ♥ Juliana
Sung Jong ♥ Nadia

"Sudikah awak jadi kekasih, sahabat dan dongsaeng saya yang comel ?" lamar Infinite.

6 orang sahabat itu hanya tersenyum dan menganggukkan kepala.

"Kenapalah korang cuma berenam je ?" rungut Dong Woo.

Semuanya tertawa melihat telatah Dong Woo.

"Awak semua nak Infinite persembahkan lagu hit kami ?" pelawa Hoya.

"Boleh juga" jawab Shila.

"Hoya nanti dulu" panggil Izara.

"Kenapa ?" 

"Macam mana Infinite boleh sampai sini sedangkan konsert Infinite di KL ?" 

"Awak rasa ?"

"Mana saya tahu. Jangan-jangan disebabkan. . ."

"Ya. Sebab mantera"

"Macam mana awak boleh percaya ?"


"Sebab awak dan kawan-kawan awak"


"Tapi mantera yang kami buat sukar difahami"


"Mantera saya pun"


"Mantera awak ?"


- TAMAT -

Labels: ,